Khutbah Terakhir..Aku Pasrah dgn Pemergianmu...

Monday, January 4, 2010


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah & Maha Penyayang..
Segala puji bagiMu Ya Allah Tuhanku Tuhan sekelian alam..

Aku nukilkan bicara sukma Ibnu Miskin, sebagai pemula tinta pada kali ini..biar ia menyentuh kalbu, mengetuk aku dari mimpi berpanjangan, dari angan yg tiada penghujungnya, aku berlindung di bawah lembayung kekuasaanMu Ya Allah..
"Tuhanku, hambaMu ini hanya ingin taat kepadaMu. Maka tolonglah dia dengan taufiqMu
Wahai Sang Pemberi Nikmat, Tuhanku, hambaMu ini suka untuk menjauhi dari
amarahMu. Maka bantulah dia dengan sifat kedermawananMu.
Wahai Sang Pemberi Nikmat, Tuhanku, hambaMu ini memiliki harapan yg besar utk
mendapatkan kebaikan dariMu. Maka jgnlah Engkau berputus harapan, pada hari
kegembiraan para pemenang."

***********************************************************************
KHUTBAH TERAKHIR

Ya Rasullulah s.a.w, kau masih tersenyum dikala ajal telah menjengah, kau masih teringatkan kami umatmu dikala ajal tiba dikerongkongan, betapa sukarnya umat untuk mempercayai kewafatanmu tetapi engkau pasti pergi jua, kerana mati itu adalah syarat..

Engkau tinggalkan kami wasiat yg tak ternilai harganya..kan kami genggam, kami jadikannya panduan hidup kami..dengarlah wahai sekalian umat manusia..ku tuliskan semula kandungan khutbah terakhir ini pada ruangan kali ini biar menjadi pedoman dan ingatan buat insan yg bergelar muslim..

"Wahai sekalian manusia, Dengarlah perkataanku ini kerana sesungguhnya aku tidak tahu boleh jadi aku tidak akan bertemu lagi dengan kalian selepas tahun ini di tempat wuquf seperti ini selama-lamanya. Sesungguhnya darah-darah kalian dan harta-harta kalian terlindung dan mulia seperti kemulian hari kalian ini, di bulan kalian ini dan di negeri kalian ini. Ketahuilah bahawa segala sesuatu daripada masalah jahiliah sudah terinjak hina dibawah kakiku, darah jahiliah sudah tidak berlaku. Dan sesungguhnya darah pertma yang aku jatuhkan daripada kita adalah darah Ibn Rabi'ah bin al-Harith (dia disusui oleh Bani Sa'ad lalu dibunuh oleh Hudzail). Riba jahiliah sudah tidak berlaku dan riba kali pertama yang aku hilangkan daripada kita adalah riba Abbas bin Abdul Muthalib kerana semua itu sudah tidak berlaku." " Bertakwalah kalian kepada Allah dalam masalah perempuan kerana kalian mengambil mereka dengan amanat daripada Allah dan kalian menghalalkan 'kehormatan' mereka dengan kalimah Allah (syahadat). Kewajipan mereka terhadap kalian adalah mereka tidak memberi kesempatan tinggal di tempatmu kepada seseorang yang kalian tidak suka. Jika mereka berbuat demikian, maka pukullah dengan pukulan yang tidak membahayakan. Sedangkan kewajipan kalian terhadap mereka adalah memberi nafkah dan pakaian yang baik." "Dan sungguh telah aku tinggalkan kepada kalian sesuatu yang kalian tidak akan tersesat selama mana berpegang teguh dengannya, iaitu kitabullah. Wahai sekelian manusia, sesungguhnya tidak ada nabi lagi setelahku, tidak ada pula umat baru setelah kalian. Maka sembahlah Rabb kalian, solatlah lima waktu, berpuasalah pada bulan ramadan, tunaikanlah zakat harta kalian dengan berlapang dada, tunaikanlah haji ke Rumah Allah (Baitullah) dan patuhilah pemimpin kalian, nescaya kalian masuk syurga Rab kalian. Dan kalian akan ditanya tentang aku, maka apa yang kalian akan katakan?"

Itulah khutbah terakhir Rasulullah s.a.w di hadapan lautan jemaah haji seramai lebih kurang 144, 000 orang. itu juga merupakan haji perpisahan (haji wada') yg sempat Baginda lakukan bersama Muslimin.
Kemudian para hadirin menjawab pertanyaan Baginda di atas, "Kami bersaksi bahawa engkau telah menyampaikan dan menunaikan dan memberi nasihat."
Baginda kemudian berkata sambil mengangkat jari telunjuknya ke ats, " Ya Allah, saksikanlah." Rasulullah mengulanginya sebanyak tiga kali.

Read more...

Sungguh!!Aku Insan Kerdil...

Title 2 saja je ak letak supaya sentiasa mengingatkan aku bahawa aku hanya sebesar zarah sahaja di depan Rabbi..moga2 tidak timbul perasaan riak, gah dan takbur dalam diri insan kerdil seperti aku ini dek kerana menutur bicara indah dalam penulisan ini takut2 akhirnya menimbulkan rasa takjub pembaca kepada aku semasa membaca post ni..ampuni Ya Allah khilaf dan salah aku..
Kali ini aku rasa takyah la aku nak memerah idea banyak2 dlm post kali ini sb hati ini sudah meronta-ronta untuk menulis semula kata2 bijaksana zaman dahulukala...dengar perkataan dahulukala rasa macam tak grand , kolot je kan tp aku rasa malu dan amat malu dengan diorang sme disebabkan tahap keimanan dan kebijaksaan diorang jauh melangit berbanding dgn aku..sungguh! aku insan kerdil..
kepada pembaca semua, korang hayatilah sikap diaorang, dan kalau hayati saja tp tak lekat pada amalan takde guna juga..kata2 ini akn juga terlontar pada aku ibarat melantun bola ke dinding balik smula kat aku(cehh!mcm Karamsigh walia plak)
Imam Syafie bersyair:-
" ketika jalan yang sesat, aku memohon kemapunanmu
dosa telah membesarkan saya ketika saya bersahabat dengannya
dengan maafMu tuhanku adalah maafMu begitu besar
Engkaulah Tuhan yang Maha Pengampun akan segala kesalahan.
Maha Dermawan, Pemaaf, Pemberi nikmat & kemulian.
maka jika bukan keranaMu tidak sampai iblis kuat berilmu
bagaimana mampu ia menyesatkan Nabi Adam yang lemah."

kata2 Saidina Ali bin Abi Talib
"sesungguhnya dunia ini berjalan & beredar menuju mundur & sesungguhnya
akhirat beredar& berjalan menuju ke hadapan, masing2 drp keduanya
mempunyai anak(penumpang) kerana itu hendaklah kami menjadi anak
(penumpang) akhirat, & janganlah kamu menjadi penumpang dunia.
Sesungguhnya hari ini (di dunia ini) tempat beramal & tiada hisab & tiada
wujud lg suatu amal"

kalo korang belum baca la kata2 Saidina Ali 2 kan korang pernah terfikir x sblum ni yg kita ni mkin hari berlalu makin pantas akhirat mengejar kita, orang kata rumah kata pergi kubur kata mari..hu3, aku rasa masih lalai lagi alpa kot n kalu ingat pun wat2 lupa je..aku la 2..mujurlah dianugerahkan akal berharga utk berfikir dan menyelami diri dengan perhitungan amal2 yg telah dilakukan, masih belum pantas rasanya untuk menghadapi akhirat nanti kok(indon la plop), malu rasanya utk bertemu dgn alim ulamak dulu2 jika mereka tahu aku ni kepingin benar utk ke syurga, tp amlanya hanya secebis cuma..bagaimana ya aku nak berhadapan dgn mereka, tinggi melangit amal mereka dan aku mendamba syurga sama seperti mereka..Ya Allah..

ibarat hidup sebgai penumpang di dunia ini, memerlukan bekal yg banyak utk ke destinasi akhirat.. ialah macam korang nak nek keta nk g ke satu2 destinasi la, kn confirm tayar ok ke, brek, xpsl2 accident tgh jln plak, xke naya 2 kalo xsmpai destinasi, tmbh2 plak yg tersayag sedang menunggu.. perjlanan ngn kereta 2 aku kira mcm kehidupan kat dunia r, kn prepare mcm2 sb destinasi korang(syurga) amat manis, indah dan istimewa kerana hanya yg benar2 layak,gagah sahaja yg sampai kepadanya..jd utk menggapai sesuatu yg indah sudah tentu memrlukan suatu pengorbanan yg besar, banyak halangan dan ujian yg terpaksa ditempuhi, dan istimewanya Allah akan mengangkat darjat keimanan seseorang bagi sesiapa yg berjaya menempuhinya..di akhirat nt juga Allah yg sedang menunggu para hambanya mengalu2kn kedatangan hambaNya yg soleh dan solehah,habis cmne yg cukup mkn jer n ala kadar je amlnye, xmalu ke nk bertemu Allah, xkn nk wt selamba jer..lagikan Nabi Muhammad s.a.w. pun asyik melihat Allah, inikan kita..

moga2 penulisan kali ini sedikit sebanyak telah membuka hati pembaca semua dan meresap ke dalm jiwa..InsyaAllah..moga dilimpahkn taufiq dan hidayahNya kepada insan yg sentiasa dahagakan belaian sifat Maha LembutMu kepada hambaMu...

Read more...

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP