Namanya Hidayahtul Husna

Saturday, May 29, 2010

Munajat hambaMu pada pagi itu mengetuk mimpiku dr terus terlena. Kakiku longlai melangkah menuju ke bahagian dapur rumah mahu membersihkan diri, berwuduk untuk menghadap Rabbku yg tercinta. Rasa segar air wuduk membasuh mukaku yg hina ini, menyucikan diri sebelum aku bertemu Pencipta yg Maha Indah. Aku tenggelam dalam keasyikan menghadap Rabb, aku rintih, aku malu dengan Rabbku terhadap amalan yg tak seberapa tapi berangan-angan utk menggapai syurga nan indah dan yang lebih indah itu bila dapat melihat Rabbku sendiri.


Jendela rumaku aku selak perlahan-lahan. Kelihatan bulan dan bintang seakan-akan galak memancarkan sinarnya, begitu patu pada tirah perintah Rabbku dan jua Rabnya. Teringat aku kisah Nabi Ibrahim a.s. yang bersoal jawab dengan dirinya, mencari-cari siapa tuhan yang sebenar. Fikirnya bulan dan bintang itu tuhannya, tapi akhirnya hilang bila siang datang menjengah, rupanya matahari itu lebih hebat, fikirnya tentu ini tuhannya. Tapi ia hilang pula bila malam muncuh. Ohhh.. rupa-rupanya Rabb itu Maha Hebat dari segala apa yang ada di dunia ini kerana Dia yang Maha Pencipta ke atas segala makhlukNya. Aku banyak dosa Ya Allah...

*******************************************************************

Pagi itu..

Dah berbulan-bulan ummi pergi menghadap Rabb. Kata abi, Rabb lebih sayang pada ummi. Ummi..Ummi...alangkah bestnyer kalau boleh jumpa ummi balik, sekejap pun jadilah. Tapi aku tahu itu tak mungkin berlaku. Teringat firman Allah; Tiap-tiap yang bernyawa itu pasti akan mati..tiada penundaan atau percepatan walau sesaat...

Aku redha dan aku masih ada abi yang sentiasa disisiku...Pagi itu aku rasa nak tatap lama-lama muka abi, ingin mengira berapa kerutan di dahinya, berapa urat yang timbul di tangannya...abi...abi..rupanya abi dah makin tua. Sesekali aku ingin berbicara tentang arwah ummi, tapi cepat-cepat abi memintas " Jangan......

bersambung..........

Read more...

AlwAys Be TheRe..Allah

Saturday, April 17, 2010


Allahuakbar…

If you ask me about Allah
And what I know about it
I’ll answer will be .....

It’s everything about Allah
The pure love to our soul
Who have created you and me,
The heaven and whole universe
The One that made us hold and free
The Guardian of His True believers

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As He promises to you
He’ll always be there
To bless us with His love and His mercy coz
As He promises to you
He’ll always be there

He’s always watching us, guiding us
And He knows what’s in our little heart
So when you lose your way to Allah
You should turn
As He promises to you He’ll always be there ...

Could bring the sun from the darkness
Into the light
Subhanallah
Capable of everything
Should never feel afraid of anything
As long as we follow His guidance
All the way through a short time
We have in this life
Soon it’ll all be over
And we’ll be in His heaven
And we’ll all be fined

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As He promises to you
He’ll always be there
To bless us with His love and His mercy coz
As He promises to you
He’ll always be there
He’s always watching us, guiding us
And He knows what’s in our little Heart
So when you lose your way to Allah
You should turn
As He promises to you He’ll always be there

Allahuakbar

Read more...

Cintaku CintaNya..

Tuesday, March 23, 2010

Merungkai persoalan cinta, bukannya perkara mudah..kerana ia merupakan suatu bawaan jiwa yang hebat, sukar untuk dikupas, bersifat malu-malu, dan bukan mudah untuk dicanai..

imam ghazali-Minhajul 'Abidin
"tiap-tiap yang indah itu cinta tetapi yang indah mutlak hanyalah satu iaitu Yang Maha
Esa"
Dek muda-mudi, begitu mudah melafazkan ungkapan cinta yang kadang-kadang mereka sendiri pun masih belum jelas apakah sebenarnya cinta..bagi mereka cinta umpama khayalan indah, terbuai oleh perasaan yang sememangnya dihanyut oleh nafsu dan bisikan syaitan yg direjam..sungguh, ia bukan suatu yang dapt dilihat oleh mata kasar, tetapi hadirnya memberi kesan kepada jiwa, kepada perumah yang menjadi mangsanya..

Francois Duc de La Rochefaucauld:
"true love is like ghosts, which everybody talks about but few have seen"

sesungguhnya cinta pasangan manusia itu lebih indah jika menjadikan Al-Quran dan As-sunnah itu pegangan hidupnya yang akhirnya berkekalan sehingga ke firdausi, melayari bahtera perkahwinan penuh dengan keindahan bayangan cinta Rabb..Perkahwinan yang sempurna bukanlah sentiasa sempurna, melainkan ketidaksempurnaan itu ditangani dengan kemahuan syariat agama..

Harapan melangit tinggi, si suami mahu menjadi pemimpin keluarga yang bertanggungjawab, si isteri mahu mendambakan diri sepenuhnya untuk suami..sedarlah, ia tidak bermula dengan sekelip mata, perlu dilatih, dibaja dan disemai, sifat-sifat yang baik itu bermula dari sekarang..Jika pada masa kini, masih lagi menatap majalah mangga, komik dan sebagainya yg tidak berfaedah, jgnlh memasang angan-angan yang entah bila akan kunjung tiba..

Setiap hembusan cinta suami isteri itu, pasti berbuahkan pahala di kebun cinta Ilahi di taman syurga..cinta bukanlah alasan utama untuk bahagia, soalnya sejauh mana kebergantungan kita kepda Allah dalam mengemudi bahtera cinta itu berlandaskan syariatNya dan sejauh mana pasangan itu berusaha mencari keberkatan rumahtangganya

Hidup tanpa cinta ibarat burung terbang dalam sangkar. Selagi ada ruang untuk bercinta, maka sirami dan bajailah cinta itu. Yang pasti, cinta pada Allah itu yang utama. Cinta selepas Ijab dan Qabul, sesungguhnya mampu untuk diluahkan dan masih ada masa untuk dihadiahkan bersama..

Read more...

Akhirnya aku sEdar..Aku diperMAINkan

Friday, February 5, 2010

Dh lama x edit blog ni...so, papehal..aku nak cite satu kisah yg buat aku terbuka minda dan fikiran yg selama ini aku telah diperkotak-katikkan...bukannya aku nak komen sesape...cuma nk gtau aku punya pandangan dan pendapat terhadap dunia yg dikatakan mengejar arus modenisasi...

Terus kepada point utama...aku di'mindset'kan bahawa kau ke kolej atau institut untuk belajar, ikut arahan dan peraturan, bersungguh-sungguh untuk mendapat terbaik dlm bidang yg diceburi..that's all...memang betul, tp ada sesuatu yg lebih besar yg sepatutnya aku lakukan bila kau berada di sini..tuttt...aku disuruh bangun pagi utk bersiap2 ke kelas, 7.45 pg mesti berada di kelas, xleh ponteng..pukul 1.30 ptg baru boleh balik...betul cara tu, tp aku rasa ad lagi cara yg lagi betul..mengapa zaman generasi al-quran dahulu mereka boleh membina sebuah tamadun yg hebat, digeruni oleh dunia????sedangkan Malaysia juga telah wt mcm2 utk membina negara maju dan melahirkan generasi yg berakhlak mulia, tp akhirnya msalah gejala sosial semakin bertimbun malah membukit dan seterusnya menjadi barah dalam masyarakat...aku terfikir dan diketuk pleh suatu pandangan

RUPA2NYA.........

Melalui pembacaan aku terhadap sirah generasi al-Quran iaitu pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w dan khulafa' ar-rasyidin, baginda dan para sahabat begitu bijak merancang dan melaksanakan sistem pemerintahan negara mengikut acuan al-Quran dan terbukti mereka berjaya...mengapa kita tidakmelakukan perkara yg sma ???????sedangkan ia terbukti berjaya

BERBALIK KEPADA PERSOALAN UTAMA....

Fikiran aku diasuh slama ini dan dijajah oleh sistem pelajaran barak yg bercorak kebendaan dan mereka berjaya melaksanakan misinya ke ats umat2 Islam..selama ini aku dan rakan2 dimomokkan oleh tamadun barat xpe jika bangn subuh lewat, tp yg pasti aku kena pegi kelas awl sb nt kena denda..tp kalu subuh leat, xpe xde sape nk kisah dan institut xkn buang aku yg pentng aku tak tinggal kuliah..itu yg cuba diterapkan oleh tamadun barat..hakikatnya amat pahit kerana mereka telah berjaya menguasai sebahagian besar pemikiran muda mudi..aku habis kelas pukul 1.30 pt, zohor dah lama masuk, xpe yg penting aku xleh kuar, xleh ponteng kelas kl x xleh degree, aku lewat sket je n balik smbhyang kt bilik tut tut sampai bilik letih n tido, pukul 3 ptg baru tersedar dan masih lagi bermals-malasan utk bangun bersolat...sedar x kwan2, barat secara halus telah menjauhkan kita dari nilai jati diri kita sebagai seorang penganut Islam, sepatutnya untuk membentuk generasi myda yg progresif, mereka perlu dibentuk seawal pg lagi, dgan nilai2 agama..barulah masalah sosial kita dapat dikurangkan..betul ilmu tu penting kn cari jugak supaya kita x tertindas, tp biarlah ikut cara yg betul..

FIKIR2KNLAH WAHAI SAHABATKU.......................

Read more...

Khutbah Terakhir..Aku Pasrah dgn Pemergianmu...

Monday, January 4, 2010


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah & Maha Penyayang..
Segala puji bagiMu Ya Allah Tuhanku Tuhan sekelian alam..

Aku nukilkan bicara sukma Ibnu Miskin, sebagai pemula tinta pada kali ini..biar ia menyentuh kalbu, mengetuk aku dari mimpi berpanjangan, dari angan yg tiada penghujungnya, aku berlindung di bawah lembayung kekuasaanMu Ya Allah..
"Tuhanku, hambaMu ini hanya ingin taat kepadaMu. Maka tolonglah dia dengan taufiqMu
Wahai Sang Pemberi Nikmat, Tuhanku, hambaMu ini suka untuk menjauhi dari
amarahMu. Maka bantulah dia dengan sifat kedermawananMu.
Wahai Sang Pemberi Nikmat, Tuhanku, hambaMu ini memiliki harapan yg besar utk
mendapatkan kebaikan dariMu. Maka jgnlah Engkau berputus harapan, pada hari
kegembiraan para pemenang."

***********************************************************************
KHUTBAH TERAKHIR

Ya Rasullulah s.a.w, kau masih tersenyum dikala ajal telah menjengah, kau masih teringatkan kami umatmu dikala ajal tiba dikerongkongan, betapa sukarnya umat untuk mempercayai kewafatanmu tetapi engkau pasti pergi jua, kerana mati itu adalah syarat..

Engkau tinggalkan kami wasiat yg tak ternilai harganya..kan kami genggam, kami jadikannya panduan hidup kami..dengarlah wahai sekalian umat manusia..ku tuliskan semula kandungan khutbah terakhir ini pada ruangan kali ini biar menjadi pedoman dan ingatan buat insan yg bergelar muslim..

"Wahai sekalian manusia, Dengarlah perkataanku ini kerana sesungguhnya aku tidak tahu boleh jadi aku tidak akan bertemu lagi dengan kalian selepas tahun ini di tempat wuquf seperti ini selama-lamanya. Sesungguhnya darah-darah kalian dan harta-harta kalian terlindung dan mulia seperti kemulian hari kalian ini, di bulan kalian ini dan di negeri kalian ini. Ketahuilah bahawa segala sesuatu daripada masalah jahiliah sudah terinjak hina dibawah kakiku, darah jahiliah sudah tidak berlaku. Dan sesungguhnya darah pertma yang aku jatuhkan daripada kita adalah darah Ibn Rabi'ah bin al-Harith (dia disusui oleh Bani Sa'ad lalu dibunuh oleh Hudzail). Riba jahiliah sudah tidak berlaku dan riba kali pertama yang aku hilangkan daripada kita adalah riba Abbas bin Abdul Muthalib kerana semua itu sudah tidak berlaku." " Bertakwalah kalian kepada Allah dalam masalah perempuan kerana kalian mengambil mereka dengan amanat daripada Allah dan kalian menghalalkan 'kehormatan' mereka dengan kalimah Allah (syahadat). Kewajipan mereka terhadap kalian adalah mereka tidak memberi kesempatan tinggal di tempatmu kepada seseorang yang kalian tidak suka. Jika mereka berbuat demikian, maka pukullah dengan pukulan yang tidak membahayakan. Sedangkan kewajipan kalian terhadap mereka adalah memberi nafkah dan pakaian yang baik." "Dan sungguh telah aku tinggalkan kepada kalian sesuatu yang kalian tidak akan tersesat selama mana berpegang teguh dengannya, iaitu kitabullah. Wahai sekelian manusia, sesungguhnya tidak ada nabi lagi setelahku, tidak ada pula umat baru setelah kalian. Maka sembahlah Rabb kalian, solatlah lima waktu, berpuasalah pada bulan ramadan, tunaikanlah zakat harta kalian dengan berlapang dada, tunaikanlah haji ke Rumah Allah (Baitullah) dan patuhilah pemimpin kalian, nescaya kalian masuk syurga Rab kalian. Dan kalian akan ditanya tentang aku, maka apa yang kalian akan katakan?"

Itulah khutbah terakhir Rasulullah s.a.w di hadapan lautan jemaah haji seramai lebih kurang 144, 000 orang. itu juga merupakan haji perpisahan (haji wada') yg sempat Baginda lakukan bersama Muslimin.
Kemudian para hadirin menjawab pertanyaan Baginda di atas, "Kami bersaksi bahawa engkau telah menyampaikan dan menunaikan dan memberi nasihat."
Baginda kemudian berkata sambil mengangkat jari telunjuknya ke ats, " Ya Allah, saksikanlah." Rasulullah mengulanginya sebanyak tiga kali.

Read more...

Sungguh!!Aku Insan Kerdil...

Title 2 saja je ak letak supaya sentiasa mengingatkan aku bahawa aku hanya sebesar zarah sahaja di depan Rabbi..moga2 tidak timbul perasaan riak, gah dan takbur dalam diri insan kerdil seperti aku ini dek kerana menutur bicara indah dalam penulisan ini takut2 akhirnya menimbulkan rasa takjub pembaca kepada aku semasa membaca post ni..ampuni Ya Allah khilaf dan salah aku..
Kali ini aku rasa takyah la aku nak memerah idea banyak2 dlm post kali ini sb hati ini sudah meronta-ronta untuk menulis semula kata2 bijaksana zaman dahulukala...dengar perkataan dahulukala rasa macam tak grand , kolot je kan tp aku rasa malu dan amat malu dengan diorang sme disebabkan tahap keimanan dan kebijaksaan diorang jauh melangit berbanding dgn aku..sungguh! aku insan kerdil..
kepada pembaca semua, korang hayatilah sikap diaorang, dan kalau hayati saja tp tak lekat pada amalan takde guna juga..kata2 ini akn juga terlontar pada aku ibarat melantun bola ke dinding balik smula kat aku(cehh!mcm Karamsigh walia plak)
Imam Syafie bersyair:-
" ketika jalan yang sesat, aku memohon kemapunanmu
dosa telah membesarkan saya ketika saya bersahabat dengannya
dengan maafMu tuhanku adalah maafMu begitu besar
Engkaulah Tuhan yang Maha Pengampun akan segala kesalahan.
Maha Dermawan, Pemaaf, Pemberi nikmat & kemulian.
maka jika bukan keranaMu tidak sampai iblis kuat berilmu
bagaimana mampu ia menyesatkan Nabi Adam yang lemah."

kata2 Saidina Ali bin Abi Talib
"sesungguhnya dunia ini berjalan & beredar menuju mundur & sesungguhnya
akhirat beredar& berjalan menuju ke hadapan, masing2 drp keduanya
mempunyai anak(penumpang) kerana itu hendaklah kami menjadi anak
(penumpang) akhirat, & janganlah kamu menjadi penumpang dunia.
Sesungguhnya hari ini (di dunia ini) tempat beramal & tiada hisab & tiada
wujud lg suatu amal"

kalo korang belum baca la kata2 Saidina Ali 2 kan korang pernah terfikir x sblum ni yg kita ni mkin hari berlalu makin pantas akhirat mengejar kita, orang kata rumah kata pergi kubur kata mari..hu3, aku rasa masih lalai lagi alpa kot n kalu ingat pun wat2 lupa je..aku la 2..mujurlah dianugerahkan akal berharga utk berfikir dan menyelami diri dengan perhitungan amal2 yg telah dilakukan, masih belum pantas rasanya untuk menghadapi akhirat nanti kok(indon la plop), malu rasanya utk bertemu dgn alim ulamak dulu2 jika mereka tahu aku ni kepingin benar utk ke syurga, tp amlanya hanya secebis cuma..bagaimana ya aku nak berhadapan dgn mereka, tinggi melangit amal mereka dan aku mendamba syurga sama seperti mereka..Ya Allah..

ibarat hidup sebgai penumpang di dunia ini, memerlukan bekal yg banyak utk ke destinasi akhirat.. ialah macam korang nak nek keta nk g ke satu2 destinasi la, kn confirm tayar ok ke, brek, xpsl2 accident tgh jln plak, xke naya 2 kalo xsmpai destinasi, tmbh2 plak yg tersayag sedang menunggu.. perjlanan ngn kereta 2 aku kira mcm kehidupan kat dunia r, kn prepare mcm2 sb destinasi korang(syurga) amat manis, indah dan istimewa kerana hanya yg benar2 layak,gagah sahaja yg sampai kepadanya..jd utk menggapai sesuatu yg indah sudah tentu memrlukan suatu pengorbanan yg besar, banyak halangan dan ujian yg terpaksa ditempuhi, dan istimewanya Allah akan mengangkat darjat keimanan seseorang bagi sesiapa yg berjaya menempuhinya..di akhirat nt juga Allah yg sedang menunggu para hambanya mengalu2kn kedatangan hambaNya yg soleh dan solehah,habis cmne yg cukup mkn jer n ala kadar je amlnye, xmalu ke nk bertemu Allah, xkn nk wt selamba jer..lagikan Nabi Muhammad s.a.w. pun asyik melihat Allah, inikan kita..

moga2 penulisan kali ini sedikit sebanyak telah membuka hati pembaca semua dan meresap ke dalm jiwa..InsyaAllah..moga dilimpahkn taufiq dan hidayahNya kepada insan yg sentiasa dahagakan belaian sifat Maha LembutMu kepada hambaMu...

Read more...

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP