Setiap yg Hidup Itu Pasti Akan Mati:...

Thursday, November 5, 2009

Tersentak saya bila mendengar mesej yg dibaca teman sebilik..."Tn. Hj. Azmi telah kembali ke rahmatullah""al-fatihah untuk arwah"....ye ker??terpacul persoalan pertama dari mulut ini, teringat semula kisah manis beliau ketika mengajar kami. Gelaran cikgu yang diberikan kepada kami semasa belajar sedikit sebanyak telah membenihkan cinta bidang perguruan dalm diri ini..mengapa tidak keluar dari mulut ini, tidak terlintas di hati akan keagungan kuasa Allah yang bisa menghidupkan dan mematikan setiap hambaNya...pelikkan???lemahnya iman di jiwa..

Jika difikirkan balik berapa kali Allah berfirman dalam Al-Quran yg bermaksud"setiap yg bernyawa itu pasti akan mati" dan kita tidak boleh minta untuk percepatkan atau menunda kematian itu hatta walau sesaat..pesan sudah banyak kali, tapi hati, lisan dan perbuatan masih duk tang tu jugakk..kejap menyesal kejap wat dosa balik.. teringat Firman Allah ayt 16 surah Al-Hadid "belum tibakah waktunya untuk secara khusyuk mengingati Allah dan mematuhi kebenaran yg telah diwahyukan dan jangnlah mereka spt org2 yg telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yg pnjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak drp mereka menjadi org2 fasik"

Orang kata hidup hanya sekali, enjoy la puas2, x seronok la hidup ni kl duk ats sejadah je..tapi tuan puan, encik cik, dato datin dan semua makhluk muslim, sedarlah mati pun hanya sekali, ke ad yg fikir kita dpt hidup balik lps mati....xde kann???xde yg berani kt kn????xdelah confirm punye...kt dunia nilah persdian kita..kenapa takut, malu & rasa traniaya sgt dgn Islam???pdhl Islam bukan duk kt sejadah je, ia luas, indah, fleksibel, mengangkat martabat kita..so, untuk merasai kenikmatan itu, rajin2lah penuhkan diri dgn ilmu, pasti anda terasa keindahan islam itu meresap dlm diri..bkn nk kt sni pun dah jd muslimah sejati sb tu dah tau cmne rs, tp sebagai langkah permulaan untuk menyediakan diri..moga Allah melindungi hambanya yg kerdil ini...

Read more...

Thursday, September 10, 2009

Di kesunyian takafur ini ku utus warkah rindu,
Berpenakan keinsafan di tgn kananku,
mencoret kembali tinta hitam di dadaku,
Saat ki ta berjauhan di kala itu,
Kelam kalbuku tanpa nur kasihMu,
Lupa janji di suatu waktu,
Sedang keampunanMu melangit bagiku,
Aku termangu.

Di keheningan fajar keimanan ku hitungkan,
Amalku dijejari kerdil ku pertaruhkan,
Sedang anugerahMu buih di lautan.
Aku cuba layarkan bahtera,
Tapi sayangnya cintaMu bukan pelabuhan.

Di kegelapan malam yg tiada cahaya,
Ku nyalakan obor kasih kita,
Ku limpahkan zikir bicara sukma,
Penghubung antara dua dunia.

Di ambang gerbang ini kutanya rohaniku,
Siapa aku dipnggiran arasyMu.
Tiada daya untuk neraka api Mu,
Tiada layak buat firdausMu,

Namun aku harap bayangan redhaMu,
Akan terus memayungiku,
Aku harap kau terima warkahku,
Sebelum Kau menjemputku.

Read more...

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Sunday, September 6, 2009


Masih belum terlambat rasanya untuk saya mengalu-alukan kedatangan Ramadhan yang sentiasa dirindukan oleh pencinta ibadah. Padanya terkandung pelbagai kelebihan yang dikurniakan oleh Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang semata- mata untuk memberi peluang kepada hambaNya mendekatkan diri kepadaNya. Ya Allah, betapa kasihnya Engkau kepada hambaMu kerana menyediakan pelbagai hidangan ibadah. Semoga ia menjadikan hambaMu leka dan tenggelam dalam keasyikan beribadah kepadaMu. Bahkan, terasa hampirnya kami denganMu lebih dekat daripada setiap hela nafas kami. HambaMu ini bermunajat syukur atas nikmat-nikmat yang diberi.

Perintah melaksanakan rukun Islam ketiga, iaitu berpuasa jelas dapat dilihat dalam firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud " Wahai mereka yang beriman, diwajibkan ke atasmu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas mereka yang sebelummu semoga kamu bertakwa". Ada banyak hadis sahih yang menekankan kepentingan dan kelebihannya. Antaranya, Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu- hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e, Malik, Ahmad dan Baihaqi.

Terkesima rasanya hambaMu ini apabila mendengar sabda Rasulullah s.a.w tentang kelebihan berpuasa di bulan Ramadahan itu tadi. Ya Allah, begitu kasihnya Engkau kepada kami. Seketika aku terasa bersemangat untuk berpuasa dengan bersungguh-sungguh dan mencuba untuk mengingati, merasakan kehadiranMu di setiap hela nafasku. Namun, Ya Allah, semangatku kian luntur untuk meneruskan kesungguhanku itu, tidak lama tetapi beberapa jam selepas aku mendengar dan mencuba untuk melatih diri ini. Entahlah, adakah aku hangat-hangat tahi ayam atau lemahnya iman di dalam jiwa ini.

Kadang-kadang aku terfikir apakah ibadah aku lakukan selama ini bukan didasari dengan keimanan dan keikhlsasan kepadaMu kerana aku masih belum mampu untuk melakukan setiap perintahMu secara istiqamah, patuh dan taqwa. Masih banyak melakukan dosa. Ya Allah, rupanya ia masih belum cukup untuk aku melamar cinta dan redhaMu supaya aku sentiasa terbuai dalam keenakan beribadah kepadaMu. Namun, aku tahu rahmatMu melangit luas. Engkau merupakan Pencipta untuk merawat setiap ciptaanNya agar bebas daripada setiap fikiran yang kusut lalu beroleh jiwa yang tenang di bawah lembayung penjagaanMu.

Teringat aku kisah Rabiah Al-Adawiyah yang menumpukan seluruh cinta dan ibadahnya kepadaMu. Bagi Rabiah, penyembahannya semata-mata untuk mendapatkan redhaMu, bukan kerana syurga yang dijanjikan. Walaupun dia tahu bahawa syurga merupakan sebaik-baik tempat yang dijanjikan oleh Allah kepada hambaNya yang bertaqwa dan sebaik-baik tempat kembali. Hal ini kerana, andai kata kita beribadah semata-mata untuk mendapatkan syurga, adakah kita masih menyembah Allah jika syurga tidak disediakan kepada kita. Dan andai kata kita beribadah semata-mata kerana takut akan neraka, adakah kita masih terus sujud dan patuh kepada Allah andai neraka tidak diciptakn. Sesungguhnya, solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah s.w.t.

Read more...

ULAMA INDONESIA HARAMKAN FACEBOOK!!


Kecoh diperdebatkan apabila Majlis Ulama Indonesia mengeluarkan fatwa bagi mengharamkan laman web Facebook. Ulama berpendapat laman web itu membuka kepada pintu ke arah perlakuan tidak senonoh, gambar lucah, penzinaan dan seks sebelum nikah. Menurut salah seorang ulama, Abdul Muid Sohib, Facebook seperti magnet yg menarik org ramai utk menyertainya. Kebanyakan yg melayari laman web itu utk berbual namun Islam melarang hubungan bebas ant lelaki dan perempuan bukan saja menerusipertemuan bersemuka tetapi juga di internet spt Facebook kerana ia boleh mendorong perlakuan seks. Malah ada juga yg menggunakan Facebook utk menawarkan khidmat pelacur.


Read more...

BAGAIMANA AYAH BEGITULAH ANAKNYA.......!!


" Siapa yg menjaminmu hidup sampai selepas waktu Zuhur?" Pertanyaan itu terlontar drp mulut seorang pemuda kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz, tokoh yg terkenal keadilannya itu sngt tersentak dengan perkatan si pemuda. Apatah lagi pada ketika itu, dia sedang merebahkan dirinya beristirehat slps selesai mengebumikan khalifah sebelumnya, Sulaiman bin Malik.

Tetapi baru sahaja dia merebahkan badannya, seorang pemuda berusia 17 tahun dtg menghampirinya dan mengatakan, " Apa yg tuan lakukan whai Amirul Mukminin?"Khalifah Umar bin Abdul Aziz menjawab, " Biarkan saya tidur sejenak, Saya sangat letih dan penat sehingga hampir tiada kekuatan yang tersisa."Namun pemuda itu kelihatan tidak puas hati dgn jawapan tersebut. Dia bertanya lagi, "Apakah tuan akan tidur sebelum mengembalikan barang yg diambil secara paksa kepada pemiliknya, wahai Amirul Mukminin?" Khalifah Umar bin Abdul Aziz mengatakan, " Jika tiba waktu Zuhur, saya bersama orang2 saya akan mengembalikan barang-barang tersebut kepada pemiliknya." Jawapan itulah kemudian dianggapi oleh si pemuda," Siapa yg menjaminmu hidup sampai selepas waktu Zuhur, wahai Amirul Mukminin?"

Pemuda itu bernama Abdul Malik. Dia adalah putera Amirul Mukminin sendiri, Umar bin Abdul Aziz. Semoga Allah merahmati kedua-duanya.

Read more...

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP