Cintaku CintaNya..

Tuesday, March 23, 2010

Merungkai persoalan cinta, bukannya perkara mudah..kerana ia merupakan suatu bawaan jiwa yang hebat, sukar untuk dikupas, bersifat malu-malu, dan bukan mudah untuk dicanai..

imam ghazali-Minhajul 'Abidin
"tiap-tiap yang indah itu cinta tetapi yang indah mutlak hanyalah satu iaitu Yang Maha
Esa"
Dek muda-mudi, begitu mudah melafazkan ungkapan cinta yang kadang-kadang mereka sendiri pun masih belum jelas apakah sebenarnya cinta..bagi mereka cinta umpama khayalan indah, terbuai oleh perasaan yang sememangnya dihanyut oleh nafsu dan bisikan syaitan yg direjam..sungguh, ia bukan suatu yang dapt dilihat oleh mata kasar, tetapi hadirnya memberi kesan kepada jiwa, kepada perumah yang menjadi mangsanya..

Francois Duc de La Rochefaucauld:
"true love is like ghosts, which everybody talks about but few have seen"

sesungguhnya cinta pasangan manusia itu lebih indah jika menjadikan Al-Quran dan As-sunnah itu pegangan hidupnya yang akhirnya berkekalan sehingga ke firdausi, melayari bahtera perkahwinan penuh dengan keindahan bayangan cinta Rabb..Perkahwinan yang sempurna bukanlah sentiasa sempurna, melainkan ketidaksempurnaan itu ditangani dengan kemahuan syariat agama..

Harapan melangit tinggi, si suami mahu menjadi pemimpin keluarga yang bertanggungjawab, si isteri mahu mendambakan diri sepenuhnya untuk suami..sedarlah, ia tidak bermula dengan sekelip mata, perlu dilatih, dibaja dan disemai, sifat-sifat yang baik itu bermula dari sekarang..Jika pada masa kini, masih lagi menatap majalah mangga, komik dan sebagainya yg tidak berfaedah, jgnlh memasang angan-angan yang entah bila akan kunjung tiba..

Setiap hembusan cinta suami isteri itu, pasti berbuahkan pahala di kebun cinta Ilahi di taman syurga..cinta bukanlah alasan utama untuk bahagia, soalnya sejauh mana kebergantungan kita kepda Allah dalam mengemudi bahtera cinta itu berlandaskan syariatNya dan sejauh mana pasangan itu berusaha mencari keberkatan rumahtangganya

Hidup tanpa cinta ibarat burung terbang dalam sangkar. Selagi ada ruang untuk bercinta, maka sirami dan bajailah cinta itu. Yang pasti, cinta pada Allah itu yang utama. Cinta selepas Ijab dan Qabul, sesungguhnya mampu untuk diluahkan dan masih ada masa untuk dihadiahkan bersama..

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP